Saturday 14 January 2012

tiAdA yaNg leBiH bAhagiA



Assalamualaikum W.B.T..

Ada dua jalan dihadapanku,tapi jalan mana yang hendakku pilih.Pening memikirkannya kerana dalam yang baik mesti ada yang terbaik.Ku lihat kiri,ku lihat kanan,sama sahaja..apa ertinya semua ini..tidakkah aku yang silap memandang ataupun mataku sudah kabur..ahhh,fikiranku mula terawang-awang.Fikir itu tidak kena,fikir ini pon tidak kena.Fikiranku mula buntu,kusut,serabut.Semuanya ada.Boleh kata cukup ramuannya seolah-olah nak memasak pulak.Hidupku tidak bermaya bila memikirkan masalah-masalah ini semua.Aku mula hilang pertimbangan..kerja tak siap,belajar malas..hasilnya result tak cemerlang :(

Teringat aku tentang poem yang aku belajar di sekolah dulu 

Two roads diverged in a yellow wood
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far i could
To where it bent in the undergrowth

Segala-galanya nampak indah pada zahirnya tetapi dalam hati tiada siapa yang tahu.Aku seolah-olah hilang arah tujuan.Yang dituju menjadi semakin jauh dariku.Yang dihindari pula terasa hampir sekali.Kadangkala membuatku hidup dalam kelemasan walaupun pada hakikatnya aku gembira pada mulanya.Aku menanti dan terus menanti ketenangan dan kegembiraan yang entah bila hendak kunjung tiba.Realitinya,kesempitan dan kesusahan yang datang menjenguk walaupun tidak pernah sesekali dijemput mahupun dipelawa.

Adakah dunia ini tidak adil bagiku.Kenapa mesti aku yang diuji,kenapa mesti akulah yang menderita dan kenapa air mata aku juga yang mengalir.Orang lain sibuk dengan kegembiraan,sibuk dengan keseronokkan.Tapi aku ..................ahhh,apa yang harus aku lakukan? ke mana harus aku luahkan masalah yang membaluti diriku ini? itu tak kena,ini tak kena,abis tu apa yang kena?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah sedikit sebanyak yang sebenarnya berlaku pada diri kita ini.Apa yang nak dimaksudkan adalah,dalam kehidupan seharian kadang kala kita merasakan hidup ini semuanya tidak kena.Hidup segan mati tak mahu.Boleh kata semua yang datang membawa masalah kepada kita...tapi ingatlah kita,setiap permasalahan ada jalan keluarnya,setiap ujian ada hikmahnya..cumanya kadangkala kita yang tidak nampak kebaikkan yang ada disebalik dugaan yang menimpa.

Kawan-kawan ku berjaya..aku tidak
Kawan-kawan ku kaya......aku tidak
Kawan-kawan ku gembira...aku tidak

Kadang-kala kita juga ingat yang kitalah manusia yang paling teruk ditimpa musibah berbanding orang lain..tetapi pada saat itu kita lupa tentang perjuangan nabi Muhammad S.A.W yang lebih teruk ujian yang dihadapi baginda untuk terus memperjuangkan risalah agama Islam yang dibawa.Disaat itu kita lupa tentang kesengsaraan Nabi Ayub dan kesabarannya yang begitu tinggi tatkala diuji dengan penyakit kulit yang bertahun-tahun lamanya.Kita juga kadang-kala lupa ataupun tidak pernah tahu dengan ujian yang menimpa...

Imam Hanafi yang dipaksa untuk minum racun
Imam Maliki yang disebat dengan cemeti
Imam Syafie yang hampir-hampir dipancung
Imam Hanbali yang dipenjara dan juga disebat

Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan, kejayaan seseorang itu mugkin terjadi selepas  jatuhnya dia buat kali pertama mahupun selepas jatuhnya buat kali kedua,ketiga dan selanjutnya.

Kegagalan seseorang bukanlah selepas dia gagal dalam sesuatu perkara akan tetapi kegagalan seseorang terjadi selepas dia gagal untuk bangun dari jatuhnya dia...

 Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.
(surah Al-Baqarah:214)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (surah Al-Ankabut:2)

Ingatlah kita kepada Allah ketika senang kerana ketika kita susah Allah akan ingat kepada kita.
Ambilah kita ujian itu satu nikmat kepada kita
Ambillah kita musibah itu satu faedah kepada kita
Ambillah kita masalah itu sebagai pengalaman kepada kita
Kerana di setiap ujian,musibah mahupun masalah yang kita ada,kita sentiasa ada Allah SWT.

aku bahagia kerana ada keluarga yang aku cintai
aku bahagia kerana ada ayah dan ibu yang menyayangi
aku bahagia kerana ada kakak yang baik hati
aku bahagia kerana ada adik yang disayangi 
aku bahagia kerana ada sahabat yang mengerti
aku bahagia kerana ada teman yang sentiasa menemani
aku bahagia kerana ada kawan yang sering memperingati
                                  dan
AKU BAHAGIA KERANA ADA ISLAM AD-DINI
AKU BAHAGIA KERANA ADA ALLAHU RABBI

Bersyukurlah kita dengan nikmat yang dimiliki,kerana orang yang bersyukur lebih tinggi martabatnya dari orang yang bersabar.

~kerana dikau,tiada yang lebih bahagia~



                                                                            ---الله أعلم----









4 comments:

Post a Comment