Tuesday 17 July 2012

DeDiKAsi RAMADAN


                                                                                         بسم الله الرحمن الرحيم 


Setelah lama kau menghilangkan diri,
Kini kau kembali lagi,
Kehadiranmu menjadi berita sensasi,
Media perdana  juga media terkini,
Membawa keberkatan seluruh alam ini.

Dirimu tiada ganti,
Fadhilat dan ganjaran perlu dikejari,
Agar diri tidak sentiasa rugi,
Bila peluang sudah berada disisi,
Ikatlah ia dengan tali,
Supaya jasad dan jiwa sentiasa berada di posisi.

Kehangatan suasana kian dirasai,
Tamar,kurma sudah dijual di sana sini,
Walaupun lapar dan dahaga mengikat diri,
Panas mentari tambahnya lagi,
Itulah ujian yang perlu ditempuhi,
Sejauh mana kemantapan Iman dihati.

Nasi lemak,roti canai,teh tarik sarapan pagi,
Nasi minyak,beriani,kandar,mandi,bukhari hidangan tengahari,
Lepas ni dah kena berhenti,jangan makan-makan lagi,
Nanti dapat gari,sakit hati.

Ramadan datang setahun sekali,
Keampunan dan Rahmat Allah terus dinanti-nanti,
Banyakkan membaca Al-Quran mukjizat Nabi,
Ganjaran yang satu diganda berkali-kali,
Tadarus juga jangan dilupai,
Untuk terus mengharapkan keredhaan Ilahi.

Bulan Ramadan bulan yang diberkati,
Lailatulqadar menjadi target sejati,
Amalan sedekah amalan terpuji,
Bukan untuk membangga diri,
Menjaja ke sana mem’publisiti’ di sini,
Itu semua mesti kita jauhi.

Hijrah sikap kepada akhlak yang murni,
Bukan mencipta pelbagai kontroversi,
Pembudayaan ilmu sama-sama kita bajai,
Sebagai bekalan sebuah realiti,
Tinggalkan “hedonisme” yang bertakhta dihati,
Agar ketinggian ketamadunan dapat kita perhati,
Demi sebuah masyarakat madani.
  
Kisah lampau menjadi sejarah mahupun “history”,
Yang baik untuk kita teladani,yang buruk perlu dijauhi,
Hidup cemerlang perlu berevolusi,
Bukannya gah naik,jatuh terus mati,
Amalan qiamullail harus diperhalusi,
Bukan kuantiti yang dicari,malah kualiti yang cuba dibaiki,
Senyuman di wajah semerbak kasturi,
Menjadi insan berinspirasi,
Supaya subur kehidupan hakiki.

Zaman kini zaman teknologi,
Gunakannya, sepenuh fungsi,
Mencari kebenaran menapis kontradiksi,
Tidak sekali menjual maruah peribadi,
Maklumat mahupun ilmu bermanfaat sama-sama kita kongsi,
Fitnah,rekaan serta pemecah kesatuan tegas kita tegahi.

Bob Lokman,Hairie dan Abby Abadi,dulunya menjadi selebriti,
Leftenan Adnan,Gerak Khas menjadi misi,
Ubah hidup ke arah transformasi,
Dr.MAZA,Ust. Azhar dan Ust. Fathul Bari,
Menjadi pendakwah masa kini,dakwah santai penuh isi,
Membawa Islam ke puncak tertinggi,
Melakukan segala reformasi.

Gempa bumi,banjir dan tsunami,bencana alam semakin menjadi,
Tanda kiamat sudah mari,lakukan persediaan diri,
Rohani mahupun jasmani,
Apa lagi yang kita ingini,serlahkan potensi,
Rebutlah peluang Ramadan ini,
Memaksimakan ibadah,bagai membawa sebuah delegasi.

Mari kita introspeksi diri,
Bagaimana hajat menjadi aspirasi,
Untuk melihat kebangkitan generasi,
Tunisia,Yaman,Syria,Malaysia,Mesir serta “Moursi”,
Agama Islam terus didekati.

Ramadan kali ini tanpa keluarga mahupun isteri,
Bukan alasan hidup kecewa terus sepi,
Namun,masih ada kawan,sahabat dan teman sejati,
Sapaan dan gurauan semuanya menjadi penyeri, 
 Sahur,iftor,tarawih,tadarus dan halaqah ilmi,
Menjadikan Ramadan kali ini penuh erti.

Banyak sudah bicara ini,masa tiba mengundur diri,
Kalau panjang-panjang sangat nanti orang bosan dan benci,
Post pun jarang-jarang sekali,
Salah silap harap dimaafi,hanya perkongsian yang ingin diberi,
Janji Allah SWT itu pasti,syurga nan indah menjadi destinasi,
Azab kubur,api neraka jom kita jauhi,
Tingkatkan amalan,kurangkan “korea” ataupun “movie”,
Selamat menjalani Ramadan secara holistik serta dedikasi.

------------------------------------------------------------------------------------------------ 
*maksud kalimah-kalimah yang digunakan*

Hedonisme-pandangan hidup yang mementingkan keseronokan hidup
Madani-maju dari segi pemikiran,kerohanian dan kebendaan
Hakiki-hak,benar
Berevolusi-berkembang secara beransur-ansur
Inspirasi-ilham,sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu
Kontradiksi-perihal berlawanan atau bertentangan
Transformasi-perubahan rupa,bentuk,sifat dan lain-lain
Reformasi-pembaharuan atau perubahan kepada keadaan yang lebih baik
Delegasi-orang atau kumpulan yang dipilih untuk mewakili sesebuah negara
Introspeksi-muhasabah
Aspirasi-keinginan yang kuat terhadap sesuatu
Holistik-suatu sistem bersepadu yang menyeluruh
Dedikasi-ketekunan,kesungguhan

~ Ramadan 1433 ~