Saturday 15 October 2011

~meniti perjalanan~

hari terus berganti hari
minggu berselang seli datang dan pergi
sebulan sudah pun berlalu
perjalanan di bumi mu'tah
bumi yang baru bagi diri ini

kini
susah senang dapat dirasai
bermula pengembaraan yang
entah bila ke penghujungnya
bermula dari setapak ke selangkah
dari selangkah hinggalah ke langkah yang lain

kini
entah mengapa awan gelap
menyelubungi diri
terasa sukar untuk mencari
sinaran sang mentari
masih berjalan bersama bayang-bayang
bukannya pada diri yang hakiki

sehingga kini
masih mencari diri yang silam
yang hilang ke mana pergi
semoga berjumpa dengannya
segera yang mungkin
kerana tidak lagi dapat tertahan

ku lihat di depanku
ku renung dari atas ke bawah
ke pandang disekelilingku
sudah cukup
cukup dan cukup!!

apa yang cukup?
cukup untuk membuktikan
besarnya nikmat yang dapat
besarnya pengorbanan yang telah dihulurkan

apa lagi yang di tunggu
harus segera bangun
bangun dari segala-galanya
tinggalkan yang lama
mula mencari semula sinar mentari
di sebalik lindungan awan-awan
yang gelap
semoga sang mentari terus
memancarkan cahayanya
di siang hari dan
pada malamnya sang bulan
menerbitkan purnamanya...



~syukran~




Sunday 9 October 2011

Detik terakhir Rasulullah S.A.W sebelum wafat

Assalamualaikum..
teringin rasanya untuk aku kongsikan video ini
untuk dilihat bg mereka yang belum penah lihat
n untuk diingat semula bg mereka yg dah penah
tengok..

semoga video ini dapat memberi faedah dan manfaat
buat kita bersama..
sekian..