Saturday 26 November 2011

UnGkApaN BiCAra UmpAma cAhAya


بسم الله الرحمن الرحيم

lidah walaupun tidak bertulang
akan tetapi boleh menjadi benda yang tajam
setajam pisau mahupun pedang


-gambar hiasan-
-gambar hiasan-

dengan lidah kita bercakap
dengan lidah kita merasa
dengan lidah kita mengumpat
dengan lidah kita menghina
dengan lidah kita berdoa


akan tetapi ia bergantung kepada diri masing-masing
apa yang keluar dari mulutnya
kadang kala itulah yang menggambarkan 
hatinya

baik percakapannya
InsyaAllah baik hatinya


jika buruk percakapannya
begitulah sebaliknya


antara kata-kata Saidina Abu Bakar setelah dilantik menjadi khalifah~

-->  "aku dilantik menjadi pemimpin kamu semua,bukan beerti aku orang yang
terbaik dari kamu semua.Jika aku memimpin dengan baik,maka bantulah
aku.Jika aku salah,maka hendaklah kamu semua membetulkanku.
Kejujuran adalah amanat dan kebohongan adalah khianat.
Orang lemah di kalangan kamu semua adalah orang kuat
menurut pandanganku sehingga aku menunaikan apa yang menjadi haknya.
Orang kuat di kalangan kamu semua adalah orang lemah menurut pandanganku
sehingga aku mengambil hak darinya." 

kata-kata saidina Umar~

-->  "dosa lebih ditakuti seorang tentera daripada seorang musah."

-->  "hisablah dirimu sebelum kamu semua dihisab dan nilailah
dirimu sebelum kamu semua dinilai.
Sebabnya esok hisab akan lebih ringan bagi kamu jika 
hari ini kamu menghisap dirimu.
Dan bersiap sedialah kamu semua menghadapi hari paling agung,
di mana pada hari itu kamu dihadapkan kepada Tuhanmu,
tiada satupun dari keredaanmu yang tersembunyi dari Allah."

kata-kata Saidina Ali~

-->  "Takwa adalah rasa takut kepada Yang Maha Luhur,
mengamalkan Al-Quran,rela atas pemberian-NYA yang sedikit
dan menyediakan bekalan untuk hari akhir."

kata-kata Zubair Bin Awwam kepada Amr bin Ash~

-->  "wahai Amr bin Ash,aku serahkan diriku untuk Allah.Dengan itu aku
berharap Allah memberikan kemenangan kepada orang muslimin."

kata-kata Imam Hassan Al-Basri~

-->  "Barang siapa yang tiada guru baginya,maka syaitanlah guru kepadanya."

Tok Kenali~

-->  "Ilmu itu bagaikan kijang,maka pena itu adalah pengikatnya."

begitulah antara kata-kata tokoh Islam
yang dapat dikongsikan
ungkapan yang mereka keluarkan
seperti cahaya yang memberikan ilmu
serta nasihat kepada kita semua
bukannya hanya kata-kata kosang
sebagaimana percakapan kita seharian

akhirnya
Salam Maal Hijrah 1433




semoga tahun baru yang hadir ini
membawa erti baru bagi kita semua
dan beroleh manfaat daripadanya

InsyaAllah

~Allah Yang Maha Mengetahui~

Saturday 19 November 2011

0h pEnGorbAnaN~dikAu YanG tEriStiMewA

Assalamualaikum WBT

بسم الله الرحمن الريم

Kasih ibu membawa ke syurga ,
Kasih ayah membawa ke hujung nyawa~

begitulah yang dapat digambarkan 
betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan ayah


kalau ibu yang melahirkan kita
ayahlah yang mengazankannya
kalau ibu yang menyusukan kita
ayahlah yang membelikan susunya
kalau ibu yang membesarkan kita
ayahlah yang membantunya
kalau ibu sanggup menahan lapar demi kita
ayah sanggup bekerja keras memeluh keringat


Allah berfirman~

“Dan Kami perintahkan kepada manusia
               (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya,
 ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah 
yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun,
 bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu,
 hanya kepada Aku kembalimu”
 (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia 
supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” 
(al-Ahqaf, 46: 15)


“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya
 dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,
 “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya
 sebagaimana mereka telah mendidik 
aku pada waktu kecil” 
(al-Isra’, 17: 24)


Rasululullah bersabda~

Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata:
 Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad:
 Apakah perbuatan disukai oleh Allah?
 Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya.
 Kemudian apa? tanya saya lagi. 
Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa.
 Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.



begitula sedikit sebanyak yang dapat diceritakan
bagi mereka yang sudah begelar ayah dan ibu
pasti akan mengerti 
apa yang dimaksudkan
bagi anak-anak yang belum menjadi ayah dan ibu
pasti akan mengerti
ketika tiba saat dan waktunya nanti

video yang dapat menceritakan
kesusahan seorang ibu
untuk melahirkan kita semua


dikesempatan tarikh 20.11.2011 ini 
aku ada satu pantun

kuat bekerja tak kenal erti kesusahan,
setiap minggu dan setiap hari,
selamat hari lahir diucapkan,
buat ayahku Nor Rasmi bin Shari

OC_Nor_Rasmi.jpg

semoga dikurniakan kesihatan yang baik
dan terus bekerja dengan cemerlang
mohon maaf dan terima kasih atas segalanya~


buat akhirnya~
"bersama lakukan perubahan perangi rasuah"
"masyarakat berintegriti bebas rasuah"

nampak macam takde kena mengena je
dengan tajuk yang dibincangkan
hehe :)

Friday 18 November 2011

aNtaRa aKu dan KaMu

setelah mencuba untuk meng-upload beberapa kali
akhirnya berjaya juga
tapi maaf,tak dapat nak upload dalam ni..
video ni hanya dibuat sebagai pengisi masa lapang
dan juga sebagai kenang-kenangan suatu hari nanti
harapnya tidak ada sesiapa yang terasa mahupun 
yang sewaktu dengannya
maaf diminta jika ada salah dan silap mengenai 
video ini~
semoga terhibur n
selamat MENONTON!! 

nak tengok??












Saturday 5 November 2011

Haji & R@ya & k0RbaN

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari raya Aidiladha datang kembali
Alhamdulillah kita masih diberikan
peluang oleh Allah untuk terus menyambutnya..

seramai mana manusia berhimpun untuk
himpunan BERSIH mahupun HIMPUN
ramai lagi manusia di padang عرفة





sewangi mana perfume GIOGIOR AMANI mahupun ONE DROP
wanginya lagi حجر الاسود yang dikatakan sebagai batu dari syurga



sehebat mana binaan bangunan BERKEMBAR PETRONAS
mahupun BURJ DUBAI
hebatnya lagi كعبة yang menjadi kiblat bagi umat Islam



TAWAF mengeliling ka'bah sabanyak 7 kali
melambangkan ketinggian syiar ISLAM dan
menunjukkan penyatuan ummah..



sehebat mana kita menceritakan kisah kita
yang berjalan ke sana ke mari
hebat lagi kisah SITI HAJAR yang sanggup
BERKORBAN berjalan berulang-alik
dari bukit Sofa ke bukit Marwah semata-mata
untuk mencari air bagi anaknya Nabi ISMAIL
dan sehingga kini menjadi tempat bagi umat Islam
yang BERSAIE..



setinggi mane kelebihan air yang ditapis mahupun
yang dirawat..tingginya lagi kelebihan dan berkatnya
air ZAM-ZAM







begitulah sedikit sebanyak
gambaran yang dapat ditunjukkan
betapa besarnya
betapa mulianya
betapa syumulnya
agama ISLAM
yang menjadi dakwah
nabi محمد صلى الله عليه وسلم selama ini

semoga diri ini diberikan peluang dan ruang
oleh Allah untuk menjejakkan kaki  di tempat
yang menjadi tumpuan sekalian umat Islam
yang mana tempat yang selama ini menjadi
tempat kita menghadapkan muka ke arahnya
iaitu di bumi barakah
bumi Allah tanah haram kota suci
مكة المكرمة



pengalaman melakukan praktikal haji
ketika di sekolah dahulu















dan juga praktikal sembelihan..














buat akhirnya,
selamat hari raya AIDIL Adha diucapkan untuk semua
terutamanya family,sedara mara
kawan2 SIS,UIA n U mu'tah
n smua yang mengenali diri ini
semoga sentiasa berkorban demi agama Islam



6 nov 2011/10 Zulhijah tarikh yang dinantikan,
pengalaman pertama beraya di bumi Mu'tah,
selamat hari raya AidilAdha diucapkan,
smoga pengorbanan bernilai ibadah..