Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah..
Sedar tak sedar dah satu fasal pengajianku dibumi jordan ni.Sekejap je rasanya masa berlalu.Sekarang ni tengah cuti sem pulak. Teringat kisah dulu-dulu,bila setiap kali cuti sekolah mesti habiskan cuti dengan keluarga sama ada duduk rumah, keluar jalan-jalan paling kurang pun mesti balik kampung. Tapi sekarang ni dah lain, tiada lagi masa dan kesempatan untuk manfaatkan cuti bersama keluarga. Yang ada hanyalah kawan-kawan mahupun sahabat-sahabat aku. Inilah keluarga aku kat sini.
Bagi aku setiap cuti yang ada mestilah dimanfaatkan sebaik-baiknya. Banyak sebenarnya aktiviti yang dapat dibuat time cuti ni. Ada yang ambil peluang ni untuk berjalan-jalan sambil melihat kejadian alam dan kebesaran yang telah Allah S.W.T jadikan ini.
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
Katakanlah : "Berjalanlah kamu di muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." [Al An'am : 11]
Bagi mereka yang ada kemampuan lebih bolehlah pergi melihat negara-negara lain macam Turki,Mesir,Lubnan,Mesir dan lain-lain lagi la. Ada juga yang pergi menunaikan umrah. Tapi bagi kami, pusing-pusing di sekitar Jordan pun jadi la.
Berjalan-jalan di sekitar balad dan Abdali pada waktu pagi-pagi, memang menyejukkan~
berplastik-plastik barang yang dibeli
Selain tu, dapatla kami melihat beberapa tempat-tempat bersejarah tinggalan zaman-zaman terdahulu. Jerash, Ajloun, Umm Qaisy, Petra dan Aqobah menjadi destinasi kami.
Ada la beberapa gambar yang dapat dikongsikan bersama~
kota musnah kerana gempa bumi
dapat melihat tinggalan2 yang pasti mengagumkan
pemandangan yang cantik di sekeliling kota
berjalan dan bersyukurlah
tiang2 yang tinggi
kenangan dulu-dulu :)
lihatlah kebesaran Allah S.W.T
tempat untuk mengintip tentera salib
kawasan yang m'hijau
kawasan paling utara Jordan
terkenal sebagai Gadara
berada di antara Palestin dan Syria
7 keajaiban dunia
tapak warisan dunia
ibu kota Nabataeans
dikatakan orang zaman ini mempunyai ketinggian sehingga 3 meter
kami boleh!!
istana raja
inilah peneman aku dari mula hingga akhir
melayan perasaan tatkala terbenamnya matahari cukup menenangkan
indahnya ciptaan tuhan
سبحان الله
bergambar bersama ustaz wan hakimin
tak lupa juga penampilan istimewa~anuar zain di Jerash
Tiada ruang di antara kita, semuanya sama sahaja. Biarlah ia menjadi kenangan yang akan berkekalan. Jangan diukir di atas pasir, kerana ia akan hilang dibawa arus ombak, jangan ditulis di atas kertas mahupun diari, kerana ia boleh hilang ataupun dibakar, pahatlah ia di dalam hati semoga dapat membuatkan hari-hari seterusnya ceria dan bahagia~~ukir atas salji pon boleh jugak :)
jika hari ini kau datang bersama kesedihan semoga kau pulang dengan kebahagian
jika hari ini kau datang dengan kegagalan semoga kau pulang dengan kejayaan
jika hari ini aku mengecewakan kau semoga kau pulang dengan kemaafan
jika hari ini aku tiada lagi semoga cerita ini menjadi kenangan
Semoga suatu hari nanti,aku dapat melihat keindahan ini semua bukan dengan kawan-kawanku lagi tapi dengan keluarga aku~InsyaAllah
~maybe I'm not the best for you, but you are the best for me~
mhamzinr
3 comments:
mantop....
I love this very much dude! Also missing all of u! Ah! I can't believe i'm saying this! Seriously i'm deadly serious missing all of u
ni makin ana sygkan hamzi ni...:)
Post a Comment