Friday 6 January 2012

HaLa tUjuKU yAnG sAtu

Assalamualaikum..

ke mana ak nak tuju lepas ni??lagi 3~4 taun lpas ni??

nak sambung master??..tapi dekat mana?
Malaysia?...uia ke um?
or still kat oversea?...mesir?jordan?

nak kahwin??...calon?duit?

nak kerja??...tapi nak kerja apa?
cikgu?ustaz?peguam?penasihat?pensyarah?

nak menganggur??...apa faedahnya?

Wawasan~Matlamat~Hala Tuju...

Tiga ungkapan yang berbeza akan tetapi membawa maksud yang hampir sama.Setiap manusia sudah pastinya mempunyai hala tuju mahupun matlamat masing-masing.Matlamat akan selalunya berbeza mengikut peringkat umur kita.Matlamat orang dewasa sudah pastinya berbeza dengan matlamat seorang remaja.Begitu juga sebaliknya bagi matlamat seorang remaja berbanding dengan seorang kanak-kanak yang baru mengenal kehidupannya.

Sedar tidak sedar,matlamat yang kita ada dapat membantu kita dalam mengatur segala aspek kehidupan dan kitaran hidup kita.Bagi seorang kanak-kanak,matlamatnya sering kali berkisarkan tentang cita-cita mereka.Ada yang matlamatnya ingin menjadi seorang doktor, seorang guru, polis, bomba dan sebagainya.Itulah kebiasannya yang kita dengar dari mulut seorang kanak-kanak.Namun, masa yang sentiasa berjalan membuatkan kita lebih berfikir ke hadapan.Usia yang sering meningkat membuatkan pemikiran kita juga bercambah dengan input-input yang perbagai.

Hala tuju dapat dilihat jelas dari kaca mata seorang remaja lebih-lebih lagi yang bergelar mahasiswa.Pemikiran mereka kadang-kala merentas lautan yang luas dek kerana ilmu dan maklumat yang dapat diperolehi hanya di hujung jari masing-masing.Tidak terlupa juga bagi golongan dewasa, mereka juga pastinya ada matlamat mereka yang menjadi target dalam hidup mereka.

NAMUN, sedarkah kita semua...
sebenarnya kita punyai wawasan yang sama,
sebenarnya kita punyai matlamat yang sama,
sebenarnya kita punyai hala tuju yang sama,

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Namun tujuan adalah satu iaitu saat berjumpa dengan رب العلمين
Berakhirnya seluruh apa yang kita lewati
Dari kehidupan dunia kepada tujuan tunggalnya
iaitu berjumpa dengan Allah

Hadirin Hadarat ingatlah
Akan datang satu saat
bibir kita tidak bisa lagi bergetar menyebut nama Allah
Disaat itu kita diturunkan ke dalam kubur kita
Dan wajah kita dibuka
Dan wajah kita diciumkan ke tembok kubur kita
Lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan oleh semua kerabat
Di saat itu tidak ada kekasih
Di saat itu tidak ada jawatan
Di saat itu tidak ada harta

Itulah hadirin hadirat kita sendiri
Dan disaat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir
Yang mengingat Allah dan Allah mengingatnya
Yang merindukan Allah, Allah merindukannya

Allah masih terus bersabar
Yang ditunggu adalah hamba berdosa
Hamba yang hina
Yang hidup dari berasal dari sebuti sel
Dan akan berakhir sebagai bangkai,makanan-makanan haiwan di dalam tanah
Menanti hambanya memohon taubat
Dialah yang Maha Baik, Dialah yang Maha Mulia
Setelah kita diberi kehidupan,diberi jasad
Lantas Allah meminjamkan pula dunia ini beserta isinya
Meminjamkan matahari,meminjamkan bulan ,meminjamkan daratan
Meminjamkan haiwan dan tumbuhan,meminjamkan air dan lautan
Yang kesemuanya adalah milik Allah
kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya ,tidak pula berdoa untuk meminjamnya
Allah yang memberinya sebelum kita meminta

Hadirin hadirat
Sedemikian luasnya rahmat Ilahi
Dan kasih sayangnya melebihi semua kasih sayang
melebihi kasih sayang ibunda kita kepada kita
melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita

Hadirin hadirat
Jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah
jangan berat menyebut nama Allah
Dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama Allah
Kami berlindung kepadamu dari pedihnya seksa kubur
Kami berlindung kepadamu dari pedihnya seksa neraka
Pastikan kami selamat dari ini semua

~Al-Habib Munzir Al-Musawa~                                
                                           


                                                     ni video dia..cube tengok..
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah hakikatnya kehidupan kita.Tidak salah untuk merancang perjalanan hidup,malah
mungkin dengan merancang matlamat kita akan lebih jelas lagi.Tapi ingatlah kita,manusia merancang,
Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baiknya..

p/s: hanya sebagai cadangan..kalau boleh sama-sama kita ambil video ini ataupun apa-apa sahaja video
      berkaitan dan masukkanlah ke dalam handset masing-masing yang canggih tu..iphone,android,samsung,
      ipad,galaxy tab/note,mp4 apa-apa je la..then,sebelum tidur,selain dari kita baca surah Al-Mulk..
      boleh la kita luangkan masa 3 minit untuk hayati video ini..supaya kita ingat dan tidak lupa tentang
      destinasi kita yang sebenar-benarnya..agar diri sentiasa bermuhasabah dan tidak lalai..InsyaAllah..

~Yang muda akan menjadi tua,Yang tua akan kembali muda~        







3 comments:

Post a Comment