Tuesday 17 July 2012

DeDiKAsi RAMADAN


                                                                                         بسم الله الرحمن الرحيم 


Setelah lama kau menghilangkan diri,
Kini kau kembali lagi,
Kehadiranmu menjadi berita sensasi,
Media perdana  juga media terkini,
Membawa keberkatan seluruh alam ini.

Dirimu tiada ganti,
Fadhilat dan ganjaran perlu dikejari,
Agar diri tidak sentiasa rugi,
Bila peluang sudah berada disisi,
Ikatlah ia dengan tali,
Supaya jasad dan jiwa sentiasa berada di posisi.

Kehangatan suasana kian dirasai,
Tamar,kurma sudah dijual di sana sini,
Walaupun lapar dan dahaga mengikat diri,
Panas mentari tambahnya lagi,
Itulah ujian yang perlu ditempuhi,
Sejauh mana kemantapan Iman dihati.

Nasi lemak,roti canai,teh tarik sarapan pagi,
Nasi minyak,beriani,kandar,mandi,bukhari hidangan tengahari,
Lepas ni dah kena berhenti,jangan makan-makan lagi,
Nanti dapat gari,sakit hati.

Ramadan datang setahun sekali,
Keampunan dan Rahmat Allah terus dinanti-nanti,
Banyakkan membaca Al-Quran mukjizat Nabi,
Ganjaran yang satu diganda berkali-kali,
Tadarus juga jangan dilupai,
Untuk terus mengharapkan keredhaan Ilahi.

Bulan Ramadan bulan yang diberkati,
Lailatulqadar menjadi target sejati,
Amalan sedekah amalan terpuji,
Bukan untuk membangga diri,
Menjaja ke sana mem’publisiti’ di sini,
Itu semua mesti kita jauhi.

Hijrah sikap kepada akhlak yang murni,
Bukan mencipta pelbagai kontroversi,
Pembudayaan ilmu sama-sama kita bajai,
Sebagai bekalan sebuah realiti,
Tinggalkan “hedonisme” yang bertakhta dihati,
Agar ketinggian ketamadunan dapat kita perhati,
Demi sebuah masyarakat madani.
  
Kisah lampau menjadi sejarah mahupun “history”,
Yang baik untuk kita teladani,yang buruk perlu dijauhi,
Hidup cemerlang perlu berevolusi,
Bukannya gah naik,jatuh terus mati,
Amalan qiamullail harus diperhalusi,
Bukan kuantiti yang dicari,malah kualiti yang cuba dibaiki,
Senyuman di wajah semerbak kasturi,
Menjadi insan berinspirasi,
Supaya subur kehidupan hakiki.

Zaman kini zaman teknologi,
Gunakannya, sepenuh fungsi,
Mencari kebenaran menapis kontradiksi,
Tidak sekali menjual maruah peribadi,
Maklumat mahupun ilmu bermanfaat sama-sama kita kongsi,
Fitnah,rekaan serta pemecah kesatuan tegas kita tegahi.

Bob Lokman,Hairie dan Abby Abadi,dulunya menjadi selebriti,
Leftenan Adnan,Gerak Khas menjadi misi,
Ubah hidup ke arah transformasi,
Dr.MAZA,Ust. Azhar dan Ust. Fathul Bari,
Menjadi pendakwah masa kini,dakwah santai penuh isi,
Membawa Islam ke puncak tertinggi,
Melakukan segala reformasi.

Gempa bumi,banjir dan tsunami,bencana alam semakin menjadi,
Tanda kiamat sudah mari,lakukan persediaan diri,
Rohani mahupun jasmani,
Apa lagi yang kita ingini,serlahkan potensi,
Rebutlah peluang Ramadan ini,
Memaksimakan ibadah,bagai membawa sebuah delegasi.

Mari kita introspeksi diri,
Bagaimana hajat menjadi aspirasi,
Untuk melihat kebangkitan generasi,
Tunisia,Yaman,Syria,Malaysia,Mesir serta “Moursi”,
Agama Islam terus didekati.

Ramadan kali ini tanpa keluarga mahupun isteri,
Bukan alasan hidup kecewa terus sepi,
Namun,masih ada kawan,sahabat dan teman sejati,
Sapaan dan gurauan semuanya menjadi penyeri, 
 Sahur,iftor,tarawih,tadarus dan halaqah ilmi,
Menjadikan Ramadan kali ini penuh erti.

Banyak sudah bicara ini,masa tiba mengundur diri,
Kalau panjang-panjang sangat nanti orang bosan dan benci,
Post pun jarang-jarang sekali,
Salah silap harap dimaafi,hanya perkongsian yang ingin diberi,
Janji Allah SWT itu pasti,syurga nan indah menjadi destinasi,
Azab kubur,api neraka jom kita jauhi,
Tingkatkan amalan,kurangkan “korea” ataupun “movie”,
Selamat menjalani Ramadan secara holistik serta dedikasi.

------------------------------------------------------------------------------------------------ 
*maksud kalimah-kalimah yang digunakan*

Hedonisme-pandangan hidup yang mementingkan keseronokan hidup
Madani-maju dari segi pemikiran,kerohanian dan kebendaan
Hakiki-hak,benar
Berevolusi-berkembang secara beransur-ansur
Inspirasi-ilham,sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu
Kontradiksi-perihal berlawanan atau bertentangan
Transformasi-perubahan rupa,bentuk,sifat dan lain-lain
Reformasi-pembaharuan atau perubahan kepada keadaan yang lebih baik
Delegasi-orang atau kumpulan yang dipilih untuk mewakili sesebuah negara
Introspeksi-muhasabah
Aspirasi-keinginan yang kuat terhadap sesuatu
Holistik-suatu sistem bersepadu yang menyeluruh
Dedikasi-ketekunan,kesungguhan

~ Ramadan 1433 ~

Friday 29 June 2012

sAtU yAnG tiAda dUa



Assalamualaikum WBT..

   Bagaikan daun yang ditiupkan angin,hanya daun yang berterbangan kelihatan namun angin yang menjadi sebab tidak akan dapat dilihat melainkan hanya berpuas hati dengan merasa.Kalau kereta dapat bergerak dengan ada enjinnya,bot dengan motornya,basikal pula dengan rantainya lalu rodanya juga terputar dengan sendirinya.Seringkali kita melihat awan bergerak cantik melintasi lebuh raya langit yang membiru,namun apa pula yang menjadi faktor pergerakkannya?

   Masyarakat yang beragama Kristian berpegang kepada kepercayaan 3 perkara yang utama :
     1-Tuhan
     2-Anak tuhan
     3-Ruh Qudus

    Mereka juga percaya jika agama itu adanya penebusan dosa,yang dilakukan oleh mereka yang suci menurut dari pandangan masyarakat mereka sendiri iaitu ketua paderi.Secara akalnya,manusia bebas melakukan segala apa jenis kemaksiatan kerana tidak perlu bimbang kepada dosa yang ada,hanya dengan mengaku segala kesalahan yang dilakukan di depan paderi secara tidak langsung,dosa sudahpun diampunkan.Akal yang sihat dapat membezakan antara yang haq dan batil.

    Relevannya Islam pada setiap masa dan tempat,segala keraguan ada jawapannya.Bagi mereka yang lari jauh dari kebenaran,bukan Inkuisisi tempatnya.Bagi diri Islam itu sendiri ada jalan penyelesaian.Allah itu juga yang satu.Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

    Bagaimana umat Kristian percaya jika Christ itu disalib untuk menebus segala dosa yang dilakukan oleh seluruh umat manusia.Secara logik lagi sekali kita memikirkan,adalah tidak adil jika dikatakan demikian?
Sebagai contoh,satu peristiwa pembunuhan berlaku dan apabila disiasat didapati 5 orang yang terlibat membunuhnya bersama-sama.Tetapi apabila dijatuhkan hukuman hanya ketua mereka sahaja  yang mendapat balasannya dan yang lain bebas.Kenapa hanya ketua? mungkin disebabkan kemuliaan ketua itu sendiri yang mengorbankan dirinya.

    Oleh itu Islam datang dengan ajaran yang cukup sempurna.Segala kekeliruan terhadap Islam itu sendiri ada jawapannya.Bagaimana diutuskan Nabi Muhammad SAW dengan 3 perkara utama iaitu akidah,syariah dan juga akhlak.Islam itu berprinsipkan tuhan yang satu iaitu hanya ALLAH SWT Yang Maha Esa dan diutuskan nabi serta rasul dari kalangan manusia untuk membawa dan menyebarkan syariat yang benar.

    Pelbagai perbezaan yang jelas mahupun tersembunyi yang kita dapati diantara ajaran pelbagai agama.Prinsip,method,kepercayaan dan lain-lain akan kita ketahui.Namun dengan ilmu,akal serta hidayah yang diberikan secara jelas dan terang bahawa agama Islam itu adalah agama yang dimuliakan Allah SWT.

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka bahwa Al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Rabb engkau menyaksikan segala sesuatu” (QS. Fushilat: 53)


~ringkasan yang saya faham dari pembacaan kisah Isabella~

Thursday 22 March 2012

nUmbEr 1 fOr mE ^_^

                                             
                                                                                                                         223,Charter Ave,
                                                                                                                         The University of Warwick,
                                                                                                                         Coventry CV4 7AL,                                
                                                                                                                         United Kingdom.      
                                                                                                   
                                                     
                                                                                                                         21 Mac 2012


Assalamualaikum WBT...

Kehadapan ibuku yang aku sayangi,semoga berada dibawah rahmat Allah SWT.Tiada yang membahagiakan hati jika yang tersayang tiada di sisi.

  Tahun silih berganti tahun,hari datang dan pergi.Sedangkan malam ada siangnya manakan bulan yang tiada mataharinya,bumi yang sentiasa berputar pada paksinya,pelajar yang punya gurunya,suami bersama isterinya begitu juga anak yang ada ibunya.Anak yang tanpa abang itu biasa,yang tanpa kakak itu ada,yang tanpa adik itu sinonim tapi anak yang tanpa ibu itu mustahil.

Ibu,
  Aku punya hajat punya juga kemahuan.Aku juga manusia yang punya hati juga punya perasaan.Aku mengerti ibu juga punya kesemuanya itu.Dari dulu hajat dan kemahuan aku kau turuti dan kau ikuti.Dari dulu aku dijaga dan diberi kasih sayang darimu.Kasih sayang itu jika dilihat memang subjektif untuk diungkapkan ataupun dibicarakan tapi kau mengerti wahai ibu.Kau curahkan segala-segalanya,hajatmu diketepikan kemahuanmu ditinggalkan.Ada kalanya hati dan perasaanmu juga ditenggelamkan.

  Dalam kesibukkanmu masih ada belaian kasih rindu kepada aku suatu ketika dahulu tapi kesibukkan seharian dalam hidupku kini menghalang balasan cinta kepadamu.Ibu,tatkala kau dilanda kesusahan kau hadapinya dengan tabah,dengan sabar dan juga senyuman.Kuntum senyumanmu boleh sahaja membuatkan orang disekeliling merasa kabahagiaan dalam dirimu.Tapi,kata hatimu tiada siapa yang tahu kerana kerenah, kenakalan, kebiadapan aku telah menceraikan kegembiraan, kebahagiaan jauh dari hati seorang ibu.

Ibu,
   Aku faham,hati wanita itu halus sehalus benang,lembut selembut kapas,bila sekali dicarik bagaikan dicarik seribu kali.Air mataku padamu begitu berharga,entah berapa kali tangisanku kau keringkannya tapi entah berapa ribu kali mutiara-mutiara yang gugur dari matumu dek sikap aku ini tidak pernah untuk aku mengutipnya.Aku faham ibu,kudrat wanita itu tidak sekuat lelaki walaupun jika difikirkan wanita itu yang melahirkan lelaki.Kadang-kala ada sampai tiga,empat dan selebihnya.Aku juga mengerti ibu,jiwa wanita itu sensetif,sekali tersentuh dirasakan bagai dicucuk jarum yang halus.Kadang kala aku yang menjadi jarum itu ibu!Tapi aku kagum,walaupun hati kau sehalus benang kau mampu untuk tukarkan benang kepada besi.Walaupun hati kau lembut yang bagaikan kapas itu,kau akan keraskannya seolah batu dan jiwa yang sensetif itu kau terus positifkan.Aku kagum ibu!!

   Benar kata orang ibu,kita tidak merasa pengorbanan dan kasih sayang seseorang itu bila adanya dia disamping kita.Saat tiadanya dia,mulalah diri mencari orang yang dicari-carinya.Tahun ni dah tiga tahun ,aku berada di perantaun.Memang rasa rindu pada wajahmu pada kelibatmu tidak dapat aku nafikan.Segala pertologanku sebelum ini belum dapat membalas segala pengorbananmu.Tapi ibu,baru aku sedar,kasih sayang aku,rindu aku dan cinta aku padamu masih belum mencukupi.Masih ada lagi cinta yang agung yang melebihi cinta aku.Setinggi mana kasih sayang aku padamu atau sayang ibu pada anak-anakmu didunia ini akan terhenti seketika tatkala kasih sayang Allah sudah memanggilnya.

Ibu,
   Buat yang terakhirnya dari aku,sentiasa doakan semoga aku beroleh kemudahan dan kecemerlangan dari aspek apa sekalipun sepanjang pengajian aku di Warwick ini.Juga doakan aku menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan kembali dan menjadi bekalan berharga buatmu kelak.Semoga hari-hari yang lepas tidak hanya menjadi sejarah dan hari-hari yang mendatang tidak berlalu begitu sahaja.Sampai disini sahaja rasanya,semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan terus menjadi isteri dan ibu yang solehah!

                                                                                                                                khas dari:
                                                                                                                       ~ your secret admire~

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


22 Mac      
                                                                                                                                      
    ni hadiahnya..kalo nak dapatkan kek yang betul,
bole tebus kat along xpon kat angah..hehe ^_^

DEDIKASI KHAS >

klik sini

22 Mac
tidak dilupakan juga pada pejuang Islam
~Al-Fatihah~
" Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah...? Tiada satu pun kumpulan (daripada kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh golongan pembunuh dan penjenayah serta pengganas.!..Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami? "


~ibu disayangi,pejuang Islam dicontohi~

Friday 17 February 2012

18 fEb !!!

Assalamualaikum WBT

cerah matahari membuka mata
cantik pelangi menyinar pagi
bersikap baik sepanjang masa
hidup bahagia lagi berseri

sejuk dingin menyengat diri
laju angin penambah lagi
malas jangan rajin berdikari
kelak hidup senang hati


setiap tahun birthday dirai
bertambah umur itu pasti
menanti jangan perlu mencari
itu ilmu makanan diri

happy birthday ^_^

~rejuvenasikan pemikiran~

Wednesday 15 February 2012

wHo cAreS ?

Assalamualaikum W.B.T.

Mak : mat,tolong mak beli barang jap
Mat : malas la mak,cheq tengah main game ni..satgi la cheq pi..
Mak : pasaipa hang malas sangat ni..mak nak masak ni,lepas ni sambung la balik main game tu
Mat : mak ni ada-ada ja..tak boleh tengok cheq senang sikit..ish,mak pi la beli sendiri
Mak : tak guna punya anak,ada anak ngan tak dak sama ja,bagi makan pasiaq satgi baghu hang tau..

                                        

Kakak : rin,ce pelan kan sikit lagunye tu,sakit bebeno telinga akak dengar ni..
Rin : ate,kalo sakit usah le dengornya..
Kakak : ish,budak ni..kan ada yang makan penampor aku ni..
Rin : bising la kak ni...
Kakak : ##$#..%^&.............


Ibu : Isz,dah solat ke belum?
Isz : belum ibu,ada kerja sikit yang tak siap lagi ni.Kejap lagi Isz solat lah..
Ibu : solat dulu Isz,lepas solat ,sambung balik kerja tu,tak de masalah..
Isz : tapi ibu,kerja Isz tinggal lagi sikit ni..
Ayah : Isz,dengar cakap ibu kamu tu,pegi solat dulu,kamu tak ingat ke,ayah dah pesan. 10 Nasihat Imam Hassan Al-banna yang pertama ialah  apabila kamu mendengar azan maka bersegeralah bersolat walau apa jua keadaan sekalipun..
Isz : baiklah,Isz pegi solat dulu..

                                                    

Lumrah dalam kehidupan kita setiap orang mesti disayangi dan menyayangi.Tiada yang mahu hidupnya keseorang,kesedihan,kepiluan berpanjangan.Setiap manusia itu ada keluarganya.Manakan tidak hidup tanpa ibu dan bapa pada mulanya kerana yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan itu hanya Allah SWT.

Bagi kita keluarga bahagia itu satu matlamat dan usaha bersama.Tidak akan bahagia jika hanya seorang yang menginginkannya tanpa usaha dan gerak kerja ahli keluarga yang lain ke arah itu.Dalam dunia sekarang ini,yang kaya akan disangka hidup penuh kebahagiaan dan yang miskin akan terus dipandang kehinaan..itulah satu kesilapan!!Hanya yang merasa akan tahu menilainya.Terpulang kepada setiap individu yang melakukan apa yang dia mahukan.

Dalam hidup ini,kadang-kala kita lupa akan tanggungjawab terhadap keluarga.Sejauh mana rasa cinta kita dapat membawa keluarga yang dikasihi menjadi keluarga sakinah.Rasulullah SAW membawa contoh yang cukup baik bagi memberi gambaran yang dikatakan bahagianya keluarga itu.Bagaimana hubungannya seorang suami kepada isteri,hubungan seorang ayah kepada anak,seorang pemimpin kepada rakyatnya semuanya dapat dijadikan teladan bersama.

Apa kata Fathi Yakan dalam kitabnya "Apa ertinya saya menganut islam"(ماذا يعني انتماءي للاسلام)
>Langkah pertama dan langkah yang sejajar dengan tabiat agama Islam dalam bidang ini(saya mestilah muslim di sudut keluarga) ialah dengan saya membentuk rumah tangga saya supaya menjadi rumah tangga muslim.Saya adalah bertanggungjawab menegakkan Islam di dalam masyarakat rumah tangga saya yang kecil.Saya bertanggungjawab menyampaikan Islam kepada keluarga saya,isteri saya,anak-anak saya kemudian saya bertanggungjawab pula  menyampaikan Islam kepada kaum kerabat saya dan inilah cara yang telah diikuti oleh Rasulullah SAW di permulaan dakwah.


Firman Allah SWT:


فَلَا تَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُعَذَّبِينَ (٢١٣) وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ (٢١٤)وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٢١٥

"Oleh itu janganlah kamu menyeru(menyembah) tuhan yang lain disamping Allah yang menyebabkan kamu termasuk golongan orang yang diazab dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu iaitu orang-orang yang beriman."
(Asy-Syu'araa:213-215)

Kadang kala manusia sibuk dalam mencari kesalahan orang lain dan mempebetulkannya sedangkan dalam masa yang sama keluarganya dibiarkan terus hidup dengan cara yang salah.Allah berfirman dalam surah At-Tahrim ayat yang ke 6...

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ 

"Hai,orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,yang keras,yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya."

Peliharalah keluarga kita agar tidak menjadi bahan bakar di neraka kelak.Ajaklah mereka membuat kebaikkan dan meninggalkan kemungkaran.Yang cantik itu kebahagiaan yang kotor itu kehinaan.Yang bahagia itu penuh dengan kasih sayang yang hina itu hidup dalam bayang-bayang.Masing-masing memainkan peranan yang penting dalam membawa keluarga yang bahagia,bukan sahaja peranan mereka yang sudah berkahwin,ibu apatah lagi ayah..ini tanggungjawab semua kerana kita semua 1 keluarga.

Doa anak yang soleh itu dapat membantu orang tuanya setelah perginya mereka.Jangan biarkan ibubapa kita terputus salah satu dari tiga bekalan yang dapat mereka bawa setelah sampai waktunya.


Sebagai peringatan bersama,bagi yang belum lihat dipersilakan~semoga beroleh manfaat...


susah jugak nak tulis pakai laptop ni

Sungguh berat rasanya untuk menjadi doktor ummah jika keluarga sendiri belum terawat dengan ubat-ubat yang ada.Sebaiknya eloklah diberikan antibiotic yang terbaik agar segala penyakit dapat dicegah.Datanglah barah,kancer mahupun jangkitan apa sekalipun,semoga ia hanya berada diluar dari lingkungan seperti gambar di atas.Agar dalamnya terus kekal bersih dan sihat dari segala penyakit dan juga sakit..
Mencegah itukan lebih baik dari merawatnya.

~siapa peduli jika bukan kita~