Friday 29 June 2012

sAtU yAnG tiAda dUa



Assalamualaikum WBT..

   Bagaikan daun yang ditiupkan angin,hanya daun yang berterbangan kelihatan namun angin yang menjadi sebab tidak akan dapat dilihat melainkan hanya berpuas hati dengan merasa.Kalau kereta dapat bergerak dengan ada enjinnya,bot dengan motornya,basikal pula dengan rantainya lalu rodanya juga terputar dengan sendirinya.Seringkali kita melihat awan bergerak cantik melintasi lebuh raya langit yang membiru,namun apa pula yang menjadi faktor pergerakkannya?

   Masyarakat yang beragama Kristian berpegang kepada kepercayaan 3 perkara yang utama :
     1-Tuhan
     2-Anak tuhan
     3-Ruh Qudus

    Mereka juga percaya jika agama itu adanya penebusan dosa,yang dilakukan oleh mereka yang suci menurut dari pandangan masyarakat mereka sendiri iaitu ketua paderi.Secara akalnya,manusia bebas melakukan segala apa jenis kemaksiatan kerana tidak perlu bimbang kepada dosa yang ada,hanya dengan mengaku segala kesalahan yang dilakukan di depan paderi secara tidak langsung,dosa sudahpun diampunkan.Akal yang sihat dapat membezakan antara yang haq dan batil.

    Relevannya Islam pada setiap masa dan tempat,segala keraguan ada jawapannya.Bagi mereka yang lari jauh dari kebenaran,bukan Inkuisisi tempatnya.Bagi diri Islam itu sendiri ada jalan penyelesaian.Allah itu juga yang satu.Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

    Bagaimana umat Kristian percaya jika Christ itu disalib untuk menebus segala dosa yang dilakukan oleh seluruh umat manusia.Secara logik lagi sekali kita memikirkan,adalah tidak adil jika dikatakan demikian?
Sebagai contoh,satu peristiwa pembunuhan berlaku dan apabila disiasat didapati 5 orang yang terlibat membunuhnya bersama-sama.Tetapi apabila dijatuhkan hukuman hanya ketua mereka sahaja  yang mendapat balasannya dan yang lain bebas.Kenapa hanya ketua? mungkin disebabkan kemuliaan ketua itu sendiri yang mengorbankan dirinya.

    Oleh itu Islam datang dengan ajaran yang cukup sempurna.Segala kekeliruan terhadap Islam itu sendiri ada jawapannya.Bagaimana diutuskan Nabi Muhammad SAW dengan 3 perkara utama iaitu akidah,syariah dan juga akhlak.Islam itu berprinsipkan tuhan yang satu iaitu hanya ALLAH SWT Yang Maha Esa dan diutuskan nabi serta rasul dari kalangan manusia untuk membawa dan menyebarkan syariat yang benar.

    Pelbagai perbezaan yang jelas mahupun tersembunyi yang kita dapati diantara ajaran pelbagai agama.Prinsip,method,kepercayaan dan lain-lain akan kita ketahui.Namun dengan ilmu,akal serta hidayah yang diberikan secara jelas dan terang bahawa agama Islam itu adalah agama yang dimuliakan Allah SWT.

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka bahwa Al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Rabb engkau menyaksikan segala sesuatu” (QS. Fushilat: 53)


~ringkasan yang saya faham dari pembacaan kisah Isabella~

0 comments:

Post a Comment