Monday 9 May 2011

Ngauman syabab menggegar hati dunia!!

Alhamdulillah..
pada hari jumaat yang lepas (6-7 mei 2011)..
aku berkesempatan untuk hadir ke reunion kpip..
kpip~kesatuan pelajar islam perak..



apa yang aku nak ceritakan kat sini..
bukannya mengenai aktiviti yang aku lakukan kat sana..
tetapi mengenai satu tajuk yang perlu kita sama-sama berikan perhatian..
iaitu usia remaja kita..
ke manakah kita gunakannya..
ke manakah kita salurkannya dan banyak lagi..

bila cerita pasal usia remaja ni..
aku teringat kata-kata presiden PKPIM..
saudara Muhammad Faisal bin Abdul Aziz..
banyak perkara yang dikatakannya dalam reunion ari tu..

antara perkara yang dibangkitkan oleh beliau ialah..
mengenai kehebatan pahlawan unggul Islam..
iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih..
pembuka kota Constantinople..
pembuka lembaran baru bagi negara Turki..
Rasulullah S.A.W pernah bersabda..
"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam.
Rajanya(yang menakluk) adalah sebaik-baik raja,
dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera"..

nak diceritakan betapa hebat tak hebatnya
Sultan Muhammad Al-Fatih ini..
dalam usianya 20-an..sudah berjaya memimpin tentera untuk
menewaskan empayar byzantine..
dan menakluk kota constantinople yang selama ini
tidak berjaya ditakluk oleh tentera Islam
dalam beberapa percubaan..

antara rahsia kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih ini
ialah..beliau tidak pernah meninggalkan 3 perkara setelah
akil baligh..iaitu..
1)solat 5 waktu sehari semalam
2)solat sunat rawatib
3)qiamullail

dapat kita lihat disini..
perbezaan syabab dulu dan kini
begitu banyak pemuda yang menghidupkan malamnya
dengan melepak bukannya berqiamullail..
menghidupkan malamnya dengan mendengar konsert
bukannya mendengar kuliah
menghafal begitu banyak lagu-lagu yang tidak mendatang faedah
bukannya menghafal Al-Quran yang sudah terang faedahnya..

kata saudara Muhammad Faisal lagi
antaranya yang aku masih ingat ialah
petikan kata-kata dari Dr.Sidiq Fadil iaitu..
golangan remaja dan golongan tua..ada bezanya..
iaitu..
apabila berjumpa dengan pemuda tanyalah mengenai cita-cita..
kerana pemuda banyak cita-cita tetapi kurangnya pengalaman..
akan tetapi apabila berjumpa dengan golongan tua..
usahlah ditanya mengenai cita-cita..tanyalah mengenai pengalaman..
kerana meraka ini banyak pengalaman dan sudah
kurangnya cita-cita..

selain itu..
dapat kita lihat kekuatan dan perjuangan yang ada pada
syabab-syabab mesir..
sehinggakan mereka boleh bersatu hati dan tenaga..
bersama-sama untuk menundukkan mereka-mereka
yang berlaku zalim dalam pemerintahan..
ak teringat balik..
seorang student malaysia yang belajar di Mesir..
ketika berlaku pergolakan..dia turut balik ke Malaysia..
dan aku bersama kawan-kawan berkesempatan berjumpa dengan dia..
apa yang diceritakan..
suatu petang..selepas solat jumaat..
ada seorang pemuda yang berdiri di tempat tinggi..
(kalau tak silap kat atas mimbar)..
dia berkata kepada semua jemaah yang datang..
kepada semua syabab dan merasakan diri mereka lelaki..
ayuh turunlah ke dataran tahrir bersama-sama..!!

apa lagi yang nak dicakapkan..
sudah terbukti..waktu remaja lah yang terbaik untuk kita
gunakan ke jalan jihad..tuntutlah ilmu walau dimana sekalipun...
asalkan ia ilmu yang membawa manfaat..dan ingatlah!!
tuntut ilmu bukan untuk manfaat kita seorang..
akan tetapi tuntutlah ilmu agar ia bermanfaat untuk masyarakat..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda..
antara 7 golongan yang dinaungi Allah di akhirat kelak
ialah antaranya..
pemuda yang menghabiskan masanya dengan beribadah kepada
Allah S.W.T.

sebelum menutup perbicaraan kali ini..
aku nak tinggalkan kepada korang satu kata-kata..
iaitu..
"usaha hari ini akan mendatangkan kejayaan pada hari esok"

akhir kata..
ayuh!!bersama kita bina..masyarakat minda kelas pertama..
jangan biarkan hidup tanpa haluan..
kerahkan tenaga..satukan hati..
semaikan tekad..bersatu berjuang..
di jalan Allah..

segala silap dan salah..
harap dimaafi dan mohon diperbetulkan..
ini hanya sebagai peringatan untuk diriku ini
dan teman-teman yang lain
syukran..!!

WALLAHUALAM...














5 comments:

Post a Comment