بسم الله الرحمن الرحيم
Setelah
lama kau menghilangkan diri,
Kini kau
kembali lagi,
Kehadiranmu
menjadi berita sensasi,
Media perdana
juga media terkini,
Membawa
keberkatan seluruh alam ini.
Dirimu
tiada ganti,
Fadhilat
dan ganjaran perlu dikejari,
Agar
diri tidak sentiasa rugi,
Bila
peluang sudah berada disisi,
Ikatlah
ia dengan tali,
Supaya
jasad dan jiwa sentiasa berada di posisi.
Kehangatan
suasana kian dirasai,
Tamar,kurma
sudah dijual di sana sini,
Walaupun
lapar dan dahaga mengikat diri,
Panas
mentari tambahnya lagi,
Itulah
ujian yang perlu ditempuhi,
Sejauh
mana kemantapan Iman dihati.
Nasi
lemak,roti canai,teh tarik sarapan pagi,
Nasi
minyak,beriani,kandar,mandi,bukhari hidangan tengahari,
Lepas ni
dah kena berhenti,jangan makan-makan lagi,
Nanti
dapat gari,sakit hati.
Ramadan
datang setahun sekali,
Keampunan
dan Rahmat Allah terus dinanti-nanti,
Banyakkan
membaca Al-Quran mukjizat Nabi,
Ganjaran
yang satu diganda berkali-kali,
Tadarus
juga jangan dilupai,
Untuk
terus mengharapkan keredhaan Ilahi.
Bulan
Ramadan bulan yang diberkati,
Lailatulqadar
menjadi target sejati,
Amalan
sedekah amalan terpuji,
Bukan
untuk membangga diri,
Menjaja
ke sana mem’publisiti’ di sini,
Itu
semua mesti kita jauhi.
Hijrah
sikap kepada akhlak yang murni,
Bukan
mencipta pelbagai kontroversi,
Pembudayaan
ilmu sama-sama kita bajai,
Sebagai
bekalan sebuah realiti,
Tinggalkan
“hedonisme” yang bertakhta dihati,
Agar ketinggian
ketamadunan dapat kita perhati,
Demi
sebuah masyarakat madani.
Kisah
lampau menjadi sejarah mahupun “history”,
Yang
baik untuk kita teladani,yang buruk perlu dijauhi,
Hidup
cemerlang perlu berevolusi,
Bukannya
gah naik,jatuh terus mati,
Amalan
qiamullail harus diperhalusi,
Bukan
kuantiti yang dicari,malah kualiti yang cuba dibaiki,
Senyuman
di wajah semerbak kasturi,
Menjadi
insan berinspirasi,
Supaya
subur kehidupan hakiki.
Zaman
kini zaman teknologi,
Gunakannya,
sepenuh fungsi,
Mencari
kebenaran menapis kontradiksi,
Tidak
sekali menjual maruah peribadi,
Maklumat
mahupun ilmu bermanfaat sama-sama kita kongsi,
Fitnah,rekaan
serta pemecah kesatuan tegas kita tegahi.
Bob
Lokman,Hairie dan Abby Abadi,dulunya menjadi selebriti,
Leftenan
Adnan,Gerak Khas menjadi misi,
Ubah
hidup ke arah transformasi,
Dr.MAZA,Ust.
Azhar dan Ust. Fathul Bari,
Menjadi
pendakwah masa kini,dakwah santai penuh isi,
Membawa
Islam ke puncak tertinggi,
Melakukan
segala reformasi.
Gempa
bumi,banjir dan tsunami,bencana alam semakin menjadi,
Tanda
kiamat sudah mari,lakukan persediaan diri,
Rohani
mahupun jasmani,
Apa lagi
yang kita ingini,serlahkan potensi,
Rebutlah
peluang Ramadan ini,
Memaksimakan
ibadah,bagai membawa sebuah delegasi.
Mari
kita introspeksi diri,
Bagaimana
hajat menjadi aspirasi,
Untuk
melihat kebangkitan generasi,
Tunisia,Yaman,Syria,Malaysia,Mesir
serta “Moursi”,
Agama
Islam terus didekati.
Ramadan
kali ini tanpa keluarga mahupun isteri,
Bukan
alasan hidup kecewa terus sepi,
Namun,masih
ada kawan,sahabat dan teman sejati,
Sapaan
dan gurauan semuanya menjadi penyeri,
Sahur,iftor,tarawih,tadarus dan halaqah ilmi,
Menjadikan
Ramadan kali ini penuh erti.
Banyak
sudah bicara ini,masa tiba mengundur diri,
Kalau
panjang-panjang sangat nanti orang bosan dan benci,
Post pun
jarang-jarang sekali,
Salah
silap harap dimaafi,hanya perkongsian yang ingin diberi,
Janji
Allah SWT itu pasti,syurga nan indah menjadi destinasi,
Azab
kubur,api neraka jom kita jauhi,
Tingkatkan
amalan,kurangkan “korea” ataupun “movie”,
Selamat
menjalani Ramadan secara holistik serta dedikasi.
*maksud
kalimah-kalimah yang digunakan*
Hedonisme-pandangan
hidup yang mementingkan keseronokan hidup
Madani-maju
dari segi pemikiran,kerohanian dan kebendaan
Hakiki-hak,benar
Berevolusi-berkembang
secara beransur-ansur
Inspirasi-ilham,sesuatu
yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu
Kontradiksi-perihal
berlawanan atau bertentangan
Transformasi-perubahan
rupa,bentuk,sifat dan lain-lain
Reformasi-pembaharuan
atau perubahan kepada keadaan yang lebih baik
Delegasi-orang
atau kumpulan yang dipilih untuk mewakili sesebuah negara
Introspeksi-muhasabah
Aspirasi-keinginan
yang kuat terhadap sesuatu
Holistik-suatu
sistem bersepadu yang menyeluruh
Dedikasi-ketekunan,kesungguhan
~ Ramadan 1433 ~